HomeUtamaSaya akan cuba untuk tunaikan hasrat, cita-cita abang - Ahmad Fadil

Saya akan cuba untuk tunaikan hasrat, cita-cita abang – Ahmad Fadil

Read Time:1 Minute, 33 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : “Saya akan cuba untuk tunaikan hasrat dan cita-cita arwah abang saya untuk menjadi seorang pendidik kerana itu merupakan permintaan keluarga untuknya menjadi seorang cikgu,” kata Ahmad Fadil Tahir.

Anak bongsu dari dua beradik itu bersama ibunya Norah Usani dan ayahnya Tahir Abil hadir pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-24 di Dewan Canselor pagi tadi bagi menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) Allahyarham abangnya Ahmad Faizal Tahir.

Ahmad Fadil berkata, abangnya dilaporkan meninggal dunia pada pada 31 Julai 2021 di Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas mengalami demam.

“Arwah abang saya dilaporkan meninggal pada pada 31 Julai 2021, masa itu dia baru habis Master dalam bidang Pendidikan.  Namun pada ketika itu dia juga dilaporkan mengalami demam selepas beberapa hari selesai menerima vaksin COVID-19.

“Abang saya ini mulanya bercita-cita mahu menjadi doktor namun keluarga terutama atok saya mahukan dia menjadi cikgu.  Selepas habis Ijazah, dia tunggu untuk panggilan menjadi guru namun belum ada rezeki dan kemudian dia menyambung pengajian ke peringkat Master,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Majlis penyampaikan anugerah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Ahmad Fadil yang berasal dari Semporna berkata, sebaik tamat pengajian peringkat Master, abangnya dilaporkan menerima tawaran untuk menjadi guru namun rezeki tidak menyebelahi apabila abangnya disahkan meninggal dunia pada 31 Julai tahun lalu.

Selain itu katanya, abangnya juga merupakan seorang yang penyayang,periang dan suka bergurau selain suka berkongsi masalah dengan semua orang.

“Sekarang, saya adalah harapan keluarga dan saya akan cuba untuk mencapai cita-cita abang saya itu tapi dalam bidang kemahiran kerana pada ketika ini saya mengambil sijil kemahiran tahap tiga di Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS).

“Pesanan yang selalu dia beritahu adalah untuk sentiasa menjaga ibu bapa kami dan meminta saya untuk berdikari kalau dia sudah tiada lagi,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular