HomeUtamaHamzah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Hamzah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Read Time:38 Second

BERNAMA

KOTA BHARU: Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diputuskan dalam sebuah mesyuarat beberapa hari lepas.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai ketua pembangkang telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

“Jawatankuasa juga melantik Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang,” katanya ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini.

Selain itu, Takiyuddin berkata, jawatankuasa itu juga bersetuju melantik beliau sebagai ketua whip PN. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular