HomeUtamaJawatankuasa dibentuk kenal pasti keperluan tanah perkuburan di Sabah

Jawatankuasa dibentuk kenal pasti keperluan tanah perkuburan di Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi mengenal pasti keperluan tanah perkuburan di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatankuasa itu telah dipengerusikan oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik.

“Kita sudah membentuk sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi MUIS dan antara jawatankuasanya adalah dari kalangan pengerusi masjid, pegawai kerajaan yang berpengalaman dan jawatankuasa ahli yang profesional.

“Ia berfungsi untuk mengenalpasti keperluan kariah masjid dari sudut keseluruhan tanah perkuburan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Masjid dan Surau Kariah Cemerlang, Tokoh Imam, Kaunter Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Dewan Saadah, di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Mohd Arifin berkata, pihaknya turut meminta kepada Pegawai Tadbir Agama dan MUIS untuk memberikan kerjasama dengan pegawai yang dilantik bagi mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk dijadikan tanah perkuburan serta menampung keperluan tanah perkuburan ini.

Katanya, sehingga kini terdapat dua model tanah perkuburan yang telah diwujudkan iaitu di Kampung Lobou, Manggatal dan Batu 11, Sandakan.

“Kedua-dua tanah perkuburan ini sudah dibuka dan ia akan kita pantau agar menjadi contoh kepada pembukaan serta pengurusan tanah perkuburan yang lebih teratur di negeri ini.

“Sekarang kita sedang bekerjasama dengan JHEAINS untuk membuka satu tanah baru di Tawau bagi menampung keperluan di daerah itu,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

400 pelajar sertai Program Smart Jawab SPM 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular