HomeUtamaPengusaha Pelancongan di Sabah perlu lebih proaktif kenal pasti kawasan berisiko runtuhan

Pengusaha Pelancongan di Sabah perlu lebih proaktif kenal pasti kawasan berisiko runtuhan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Pengusaha pelancongan di negeri ini khususnya di kawasan lereng bukit dan berisiko mengalami runtuhan tanah diseru untuk sentiasa berwaspada selain mengambil tindakan proaktif agar tahap keselamatan sentiasa terjaga.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, ia termasuklah bekerjasama dengan Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah di negeri ini agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Katanya, perbincangan dengan agensi bertanggungjawab seperti Jabatan Geologi serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga perlu diadakan.

“Bukan itu sahaja, peranan Persatuan Pelancongan Luar Bandar juga penting dalam mengenal pasti dan menyalurkan maklumat sekiranya mendapati kawasan pelancongan mereka mempunyai risiko bencana termasuk runtuhan tanah.

“Sabah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Batang Kali (tragedi runtuhan tanah). Kita tahu di Sabah ini banyak tempat-tempat pelancongan di kawasan tanah tinggi.

“Oleh itu, saya mengharapkan gabungan persatuan-persatuan pelancongan luar bandar, pengusaha pelancongan dan Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah dapat membantu mengenal pasti kawasan-kawasan pelancongan yang mungkin berisiko tanah runtuh dan sebagainya supaya tindakan dapat diambil tindakan,” katanya ketika memetik laporan Astro Awani di sini hari ini.

Negeri ini cukup terkenal dengan beberapa lokasi pelancongan tanah tinggi khususnya di Kundasang dan Ranau selain beberapa kawasan rekreasi percutian.

Dalam pada itu, Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu turut meminta para pengusaha pelancongan membuat pengamatan risiko di kawasan masing-masing dan mengambil tindakan menutup pusat pelancongan sekiranya mengundang risiko keselamatan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular