HomeIsu tempatanPenduduk di kawasan berisiko perlu utamakan keselamatan

Penduduk di kawasan berisiko perlu utamakan keselamatan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berwaspada terhadap keadaan cuaca yang berlaku pada masa ini.

Pengarah Pejabat Meteorologi Sabah, Amirzudi Hashim berkata, tindakan sewajarnya juga perlu diambil bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa baik.

“Kita ingin menasihati kepada penduduk khususnya yang di tinggal di kawasan berhampiran pantai atau laut untuk sentiasa peka dan berwaspada terhadap keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.

“Orang ramai juga boleh menyemak amaran cuaca buruk, amaran angin kencang dan laut bergelora yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh MetMalaysia selain menghubungi talian hotline jabatan di 1-300-22-1638 pada bila-bila masa.

“Manakala, bagi penduduk di negeri Sabah, boleh menghubungi Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah yang beroperasi 24 jam, di talian 088-413691,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Amirzudi ketika ditanya mengenai  kejadian limpahan air laut yang berlaku petang semalam akibat dari fenomena air pasang besar dan pada masa yang sama, berlaku kejadian cuaca buruk di perairan pantai barat Sabah.

“Ia telah menyebabkan kejadian angin kencang dan seterusnya menghasilkan ombak besar melanda kawasan pantai di barat Sabah.

“Dalam pada itu, jadual air pasang surut dikeluarkan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular