HomeUtamaKes Denggi Meningkat, Sabah catat 16 lokaliti “hotspot”

Kes Denggi Meningkat, Sabah catat 16 lokaliti “hotspot”

Read Time:51 Second

CYBERJAYA — Jumlah kes demam denggi meningkat 3.5% minggu lepas, mencatatkan 2,018 kes berbanding 1,950 pada minggu sebelumnya.

Selain itu, satu kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-51, iaitu dari 18 Dis hingga 24 Dis, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Jumlah kumulatif kes demam denggi meningkat 148.4% berbanding tempoh sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan kepada 64,078 kes daripada 25,794 kes.

Sebanyak 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021, kata Noor Hisham.

Sementara itu, sebanyak 58 lokaliti “hotspot” dilaporkan pada ME51, berbanding 55 pada minggu sebelumnya.

“(Sebanyak) 32 ‘hotspot’ berada di Selangor, Sabah (16), Kuala Lumpur dan Putrajaya (6), serta empat lokaliti di Pulau Pinang,” katanya.

Pada masa sama, sebanyak 16 kes chikungunya dilaporkan pada ME51, dengan 10 kes di Pulau Pinang, masing-masing dua kes di Perak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu kes di Selangor dan Pahang.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 801 kes,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya