HomeIsu tempatanOps Carilamat nelayan hilang ditamatkan

Ops Carilamat nelayan hilang ditamatkan

Read Time:57 Second

LABUAN: Operasi Carilamat nelayan hilang pada Sabtu lalu ditamatkan selepas tiada sebarang petunjuk positif ditemui sepanjang empat hari usaha pencarian.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, operasi Carilamat ditamatkan setelah menilai kepada keadaan semasa serta hasil perbincangan bersama pasukan penyelamat yang terlibat.

“Walaubagaimanapun, pemantauan dan pencarian akan terus dilaksanakan semasa rondaan harian dan juga rondaan di persisiran pantai.

“Maritim Malayia merakamkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat serta agensi-agensi sahabat yang terlibat dalam operasi Carilamat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antaranya agensi penyelamat terlibat ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perikanan Malaysia serta individu-individu persendirian yang turut sama membantu.

Katanya, Maritim Malaysia mengingatkan kepada orang awam terutamanya komuniti maritim untuk sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa berada dilaut.

“Sentiasa peka terhadap ramalan kaji cuaca serta amaran-amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum melaksanakan sebarang aktiviti di laut.

“Sebarang kecemasan di laut, boleh terus disalurkan melalui talian 999/ hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001ataupun Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya