HomeLuar negaraKorea Selatan catat kes pertama 'amoeba pemakan otak'

Korea Selatan catat kes pertama ‘amoeba pemakan otak’

Read Time:59 Second

AGENSI

SEOUL: Korea Selatan melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’, menurut Pihak Berkuasa Kesihatan negara itu semalam.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mengesahkan kematian warga tempatan berusia lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari sebuah negara Asia Tenggara pada 10 Disember lalu, selepas menetap selama empat bulan di negara terbabit.

Lelaki itu dipercayai meninggal dunia selepas dijangkiti Naegleria fowleri, yang merosakkan otak, dimasukkan ke hospital sehari selepas kepulangannya dan meninggalkan dunia Selasa minggu lalu.

Ini adalah jangkitan pertama yang diketahui daripada penyakit itu di Korea Selatan, yang mana penyakitnya itu pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1937.

Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup, biasa ditemui di tasik air tawar yang hangat, sungai, terusan dan kolam di seluruh dunia. Amoeba disedut melalui hidung, bergerak ke otak dan memusnahkan tisu otak.

Dalam pada itu, KDCA memaklumkan, kemungkinan penularan Naegleria fowleri daripada individu kepada individu lain adalah rendah, tetapi menasihatkan penduduk tempatan untuk mengelakkan diri daripada berenang di kawasan di mana penyakit itu sudah merebak.

Sebanyak 381 kes Naegleria fowleri dilaporkan di seluruh dunia setakat 2018 termasuk di AS, India dan Thailand. – AGENSI

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya