HomePolitikPemimpin Sabah perlu muhasabah - Faisal

Pemimpin Sabah perlu muhasabah – Faisal

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Cubaan pihak tertentu untuk mengumpulkan akuan bersumpah (SD) untuk menumbangkan Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilihat seperti tidak belajar dari kesilapan lalu.

Setiausaha Sulit Ahli Dewan Negara (Sabah), Muhammad Faisal Mohamad Mohidin berkata, ketika ini timbul pemimpin yang cuba mencari jalan menubuhkan kerajaan negeri pintu belakang.

Katanya, para pemimpin kini juga sedang sibuk melakukan yang terbaik dalam menangani masalah terutamanya melibatkan ekonomi, kesihatan, kos sara hidup yang membebankan rakyat dan bencana banjir.

“Persoalannya, apakah mereka ini tidak sedar dari kesilapan yang lalu? Sejak dari Kerajaan Parti Warisan Sabah 2018 lagi yang memulakan aktiviti menarik pemimpin lompat-melompat ini sedangkan umum mengetahui ketika itu kerajaan yang sepatutnya berdiri secara sah adalah di bawah Tan Sri Musa Aman.

“Tidakkah kamu serik wahai pemimpin ku? Rakyat sudah bosan melihat gelagat anda terutamanya yang gila dengan kuasa apatah lagi demi memelihara kepentingan tertentu.

“Apakah kamu sedar betapa susahnya rakyat dalam tempoh berapa tahun lalu kita dihimpit dengan masalah pandemik Covid-19 mengakibatkan sebahagian besar industri pasaran ekonomi jatuh akibat pandemik sehingga kini?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Faisal berkata, pemimpin yang terlibat dalam gerakan mengumpul SD itu juga perlu bermuhasabah.”Kami anak muda Sabah sudah bosan melihat gelagat sesetengah pemimpin kami ini yang tidak pernah puas mencatur kuasa.

“Tidakkah kamu rasa berdosa kepada rakyat yang kamu dipilih sepatutnya memimpin dengan menjalankan tanggungjawab memastikan segala janji manifesto perlu ditunaikan dalam tempoh lima tahun bukannya dengan cara mencari kuasa melalui pintu belakang demi mencari keuntungan dan kepentingan diri sendiri bukannya demi rakyat,” katanya.

Faisal yang juga bekas pemimpin belia Sabah berharap agar pimpinan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dapat bersikap lebih tegas kepada semua pihak tidak kira kerajaan mahupun pembangkang dalam terus mendepani cabaran apatah lagi tahun ini 2023 di mana kita dijangka akan mengalami kemelesetan ekonomi teruk tiga tahun dari sekarang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Patuhi peraturan, pandu dengan baik ketika musim perayaan – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular