HomeUtamaBanjir : 166 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Sabah

Banjir : 166 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatat peningkatan setakat jam 8 pagi tadi dimana seramai 166 mangsa melibatkan 41 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan penduduk daripada dua buah daerah iaitu di Paitan dan Pitas.

“Sehingga jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa yang terlibat dengan banjir di dua buah daerah menunjukkan trend peningkatan.

“Daerah Paitan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 87 mangsa melibatkan 20 KIR yang ditempatkan di dua buah PPS,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu, kenyataan itu turut memaklumkan seramai 79 mangsa melibatkan 21 KIR adalah mangsa banjir di Pitas dan telah ditempatkan di tiga buah PPS.

Antara PPS yang dibuka di Paitan ialah Dewan Kampung Kubambangan yang menempatkan 38 mangsa dan Dewan Kampung Batangon Darat (49 mangsa).

Manakala di Pitas, antara PPS yang dibuka  ialah Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu (18 mangsa); Surau Kampung Sibuang (38 mangsa) dan Dewan Kampung Kusilad (23 mangsa).

Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan semalam memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap amaran di beberapa buah daerah di Sabah akan berlarutan sehingga hari ini.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya