HomeIsu tempatanMonyet liar semakin banyak, Jabatan Hidupan Liar diminta ambil tindakan drastik -...

Monyet liar semakin banyak, Jabatan Hidupan Liar diminta ambil tindakan drastik – Siti Aminah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KUALA PENYU: Populasi monyet liar yang semakin meningkat di kawasan Kuala Penyu merupakan satu ancaman besar kepada penduduk di hampir semua perkampungan di daerah itu.

Justeru, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Malaysia, Datuk Siti Aminah Aching meminta agar Jabatan Hidupan Liar memasang lebih banyak perangkap di lokasi perkampungan yang padat dengan kumpulan haiwan itu.

Siti Aminah berkata, monyet liar itu bukan sahaja bertindak ganas memakan dan merosakkan tanaman, lebih membimbangkan haiwan itu turut menyelinap masuk ke dalam rumah penduduk mengambil makanan serta merosakan harta benda.

“Saya menerima banyak aduan penduduk tentang ancaman monyet dengan populasi yang banyak menghabiskan sejumlah besar tanaman mereka, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort, peningkatan jumlah haiwan itu sejak tujuh tahun lalu amat membimbangkan dan ia sukar dikawal jika tiada tindakan drastik daripada Jabatan Hidupan Liar.

Katanya, sebuah keluarga di Kampung Kekapor membuat aduan ambil berkongsi gambar-gambar di mana kereta dan rumahnya seringkali menjadi mangsa kumpulan monyet liar itu.

“Difahamkan jabatan itu ada memasang satu atau dua perangkap namun ia tidak mampu mengurangkan generasi haiwan itu yang semakin bertambah dari masa ke semasa di seluruh kawasan Kuala Penyu,” katanya.

Oleh itu beliau menggesa pihak berwajib terutama Jabatan Hidupan Liar supaya memasang perangkap di setiap kampung yang padat dengan haiwan liar itu agar ancaman monyet berkurangan.

Beliau turut menyeru kepada ketua-ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangun dan Keselamatan Kampung (JPKK) membuat laporan di Pejabat Daerah tentang kewujudan monyet liar itu supaya tindakan bersasar dapat ambil.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular