HomeUtamaTeliti semula imbuhan penjawat awam

Teliti semula imbuhan penjawat awam

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Imbuhan penjawat awam perlu diteliti semula berikutan kenaikan harga barangan semasa pada ketika ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata kerajaan seharusnya peka kuasa membeli penjawat awam berdasarkan gaji semasa yang diterima.

“Meskipun tidak menjurus kepada kenaikan gaji, kerajaan perlu melihat bagaimana mampu menangani peningkatan kos sara hidup sekaligus memberi kuasa membeli yang selesa. 

“Situasi ekonomi kini menyebabkan kakitangan awam merasa terkesan dengan gaji semasa, oleh itu kerajaan harus melihat kembali bentuk-bentuk imbuhan yang ada dan memikirkan bagaimana untuk menambah elaun yang diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Adnan berkata, sebagai contoh penjawat awam yang tinggal di kuarters seharusnya tidak mengalami pemotongan dua imbuhan iaitu Bantuan Sara Hidup (Cost Of Living Assistance-COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) seperti yang terjadi di Semenanjung.

“Kita setuju dengan pemotongan ITP tetapi imbuhan COLA seharusnya tetap diberikan kepada mereka bagi memberi kelegaan dan boleh meningkatkan kuasa membeli,” katanya.

Terdahulu, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bulat Sugurbayev  bertujuan membincangkan pengembangan hubungan dua hala dan kerjasama dalam aspek pendidikan.

Beliau menyatakan sebanyak 7,000 orang pelajar Kazakhstan telah menyambung pelajaran di Malaysia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan akan melihat peluang dalam sektor pelancongan, pelaburan serta pelaburan.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya