HomeSukanSabah FC menentang PDRM FC, 25 Feb ini

Sabah FC menentang PDRM FC, 25 Feb ini

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Tiket perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC menentang PDRM FC, Sabtu ini, sudah terjual mencecah lebih 5,000 tiket, setakat hari ini.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, perlawanan dijadualkan bermula pada jam 7.30 malam namun para penonton digalakkan supaya datang seawal jam 5 petang.

Katanya, ia bagi mengelak kesesakan terutamanya di pintu masuk stadium dengan jangkaan kehadiran ribuan penyokong yang memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

“Peminat dan penonton juga dinasihatkan supaya membawa tiket atas talian dan Mykad masing-masing untuk pemeriksaan masuk ke stadium.

“Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan ‘season’ tiket juga boleh menghubungi pejabat pengurusan Sabah FC di talian 088-232486,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup Sabah FC, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran, Farish Aziz dan barisan pegawai pengurusan Sabah FC.

Menurut Shamsuddin lagi, harga tiket di kawasan berbumbung adalah sebanyak RM32 untuk dewasa dan RM23 bagi kanak-kanak.

Manakala katanya, kawasan ‘Old Fortress’ pula bernilai RM22 untuk dewasa serta RM16 bagi kanak-kanak.

“Begitu juga dengan kawasan PT Zone dan Scoreboard yang dijual pada harga RM15 bagi dewasa dan RM11 untuk penonton kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus memandang serius terhadap pematuhan barang larangan seperti membawa bendera dan kain rentang berunsurkan politik.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular