HomeIsu tempatan160 peserta jayakan Program Sosio-Ekonomi ESSCOM

160 peserta jayakan Program Sosio-Ekonomi ESSCOM

Read Time:1 Minute, 15 Second

Lahad Datu: Seramai 160 peserta terdiri daripada masyarakat sekitar daerah ini dan Kunak telah menyertai Program Sosio-Ekonomi ESSCOM Siri 1/ 2023 di sini.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) itu telah menawarkan sebanyak enam jenis kursus kemahiran asas jangka pendek.

Tiga daripadanya iaitu baik pulih telefon bimbit; pembuatan makanan berasaskan hasil laut dan pemprosesan hasilan soya yang diadakan di Lahad Datu.Manakala kursus asas jahitan pakaian wanita (Baju Kurung & Dan Jubah) telah diadakan di daerah Kunak.

Dua lagi kursus iaitu menggunting rambut lelaki dan wanita dan Kek, Bun dan Pastri turut diadakan di kedua-dua daerah berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM, Dr. Jamaluddin Mohd Ali berkata, program itu adalah bertujuan untuk membantu peserta memperkasakan lagi taraf sosio-ekonomi dan kesejahteraan masyarakat selaras dengan jaminan keselamatan yang diwujudkan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Pihaknya berharap agar kursus yang diikuti dapat ditingkatkan dan secara langsung membolehkan para peserta menjana pendapatan seterusnya memperbaiki kehidupan mereka.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Tindakan Awam, ESSCOM, Mohd Dzulhairul Shah Dzulkifli.

Selain kursus jangka pendek, turut diadakan taklimat berkenaan ESSCOM dan insurans i-Suri, serta pameran dari Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikthiar, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran JPSM, Salbia Abas.

Program kursus dikedua-dua daerah itu dilaksanakan serentak selama tiga hari berakhir semalam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya