HomeSukan17 peserta lulus Kursus Jurulatih World Athletics

17 peserta lulus Kursus Jurulatih World Athletics

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Seramai 17 orang peserta telah lulus dalam Kursus Jurulatih World Athletics yang dikendalikan secara bersama oleh Persatuan Olahraga Sabah, Kesatuan Olahraga Malaysia dan World Athletics di Kompleks Sukan Likas.

Kursus selama 12 hari itu menyaksikan seramai 13 peserta lelaki dan empat peserta wanita dilatih oleh dua orang instruktor World Athletics iaitu Encik Anbarasu Subramaniam dan Cik Roselyn Hamero.

Daripada 17 peserta yang lulus, hanya sembilan orang peserta yang telah layak ke tahap seterusnya.

Pihak penganjur memaklumkan antara tujuan utama kursus Coaches Education and Certification System (CECS) Tahap 1 ini dianjurkan ialah untuk melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah yang boleh membimbing dan melatih atlet begginer dan muda.

Selain itu, CECS juga menjadi pemangkin kepada jurulatih agar kekal aktif dalam menghasilkan lebih ramai atlet muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat pelapis dan elit.

Dalam masa yang sama juga CECS juga menjadi dilihat mampu membina ikatan kerjasama yang kukuh dan berterusan di antara jurulatih dan Persatuab Olahraga Negeri Sabah.

Terdahulu, majlis perasmian penutupan ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin di Bilik VIP Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada semalam.

Menurut Ellron, kursus sedemikian harus dilihat sebagai batu loncatan untuk melangkah ke tahap yang lebih jauh dan sebagai nilai tambah dalam khidmat kejurulatihan.

“Saya yakin kursus kejurulatihan ini dapat melatih dan mendedahkan para peserta untuk menjadi sekumpulan jurulatih olahraga yang berkesan, bertauliah dan berupaya membantu membangunkan sukan olahraga di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Selain itu beliau mengharapkan kemahiran-kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh  dalam kursus tersebut, dapat  dimanfaatkan  oleh  para peserta yang bakal bergelar jurulatih bertauliah untuk membangun atlet di Sabah, memandangkan negeri ini mempunyai banyak anak muda di peringkat akar umbi yang berpotensi menjadi atlet pelapis.

Hadir sama dalam majlis itu Setiausaha Tetap kepada Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun, Naib Pengerusi 1 SAA Leonny Leo, Ahli Jawatankuasa SAA serta peserta kursus berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup barang kawalan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular