HomeUtamaKPM beri jaminan takwim persekolahan akan kembali semula Januari

KPM beri jaminan takwim persekolahan akan kembali semula Januari

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Permulaan takwim sesi persekolahan kini sedang menuju kembali kepada Januari, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Katanya, beliau memahami bahawa sentimen serta semangat ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini.

Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengusahakan perkara itu.

“Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM.

“Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.

“Kita juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak ini, serta faktor ekonomi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rungutan ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dimulakan pada awal bulan dan bukan hujung bulan kerana terpaksa membayar penuh tambang van atau bas sekolah.

Permulaan takwim itu diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022, selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya ketika sesi persekolahan terkesan akibat pandemik COVID-19 melanda negara.

Fadhlina sebelum ini turut berkata, pihaknya perlu mengambil kira pelbagai justifikasi sebelum membuat keputusan mengenai bila ia dapat dimulakan semula. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular