HomeUtamaKerajaan diingatkan tidak pinggirkan anak-anak golongan OKU khususnya dalam pendidikan TVET -...

Kerajaan diingatkan tidak pinggirkan anak-anak golongan OKU khususnya dalam pendidikan TVET – Bobbey

Read Time:56 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar tidak meminggirkan anak-anak golongan kurang dan kelainan upaya (OKU) khususnya dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Menyentuh pemerkasaan Pendidikan TVET, Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey A.Suan mengingatkan kerajaan agar jangan meminggirkan anak-anak golongan OKU itu.

Beliau berkata demikian ketika membahas Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Bobbey risau dan terkilan kerana Sabah yang berpopulasi seramai 3.4 juta orang, tetapi hanya sebuah Kolej Vokasional (KV) diwujudkan di Bahagian Pedalaman yang menawarkan TEVT Pendidikan Khas.

Katanya, ibu bapa yang mempunyai anak OKU di Sabah amat memerlukan KV TVET Pendidikan Khas supaya anak-anak syurga mereka dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi khusus dalam bidang TEVT.

“Selain itu anak-anak golongan OKU ini dapat berdikari untuk mencari rezeki serta pendapatan sendiri apabila ibu bapa mereka sudah tiada satu hari nanti.

“Justeru daripada membina KV yang baru, saya mencadangkan Kementerian Pendidikan supaya menaiktaraf KV sedia ada sama ada di Bahagian Pantai Barat, Bahagian Kudat, Bahagian Sandakan dan Bahagian Tawau termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan dengan menambah program TVET Pendidikan Khas untuk anak-anak OKU ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular