Projek pembinaan Patung Mazu akan jadi tarikan pelancong di Kudat – Christina

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

KUDAT: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew membuat lawatan sampingan meninjau tapak projek Patung Mazu yang terbengkalai semasa lawatan kerja dua hari beliau ke daerah itu.

Beliau berbuat demikian atas permintaan masyarakat setempat yang melahirkan harapan agar kerajaan bersetuju dengan pembinaan patung ‘Dewi Laut’ itu. Projek itu terbengkalai lebih 20 tahun lalu.

Daripada pemerhatian mereka, Kudat boleh mengalami ledakan pelancongan jika projek itu dihidupkan semula dan berjaya disiapkan.

Sehubungan dengan itu, Christina bersetuju untuk membawa perkara ini kepada perhatian Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan mereka.

“Ia pasti akan menjadi ikon pelancongan dan merancakkan sektor pelancongan di daerah ini, sama seperti Tip of Borneo (Tanjung Simpang Mengayau) yang menakjubkan dan kawasan ‘hotspot’ tarikan pelancong lain di Sabah.

“Apa sahaja konflik pada masa lalu boleh diselesaikan secara baik untuk memberi manfaat kepada penduduk Kudat dan ekonominya,” katanya selepas melawat tapak itu pada Khamis.

Christina juga berkesempatan melawat Muzium Tun Mustapha (di bawah Jabatan Muzium Sabah) dan Rumah Hakka, yang dikendalikan oleh Gereja Anglikan Kudat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *