HomeUtamaRM107.43 juta diperuntukkan bagi pembinaan kompleks OKU, warga tua

RM107.43 juta diperuntukkan bagi pembinaan kompleks OKU, warga tua

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM107.43 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, pada tahun ini, antara lain bagi meneruskan projek pembinaan kompleks yang diperlukan golongan orang kurang upaya (OKU) dan
warga tua.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia membabitkan pembinaan Kompleks Bersepadu OKU dan warga tua serta pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan; dan Kompleks Latihan OKU di Daerah Sandakan.

“Di samping itu, bagi meneruskan pemberian bantuan kepada golongan rentan khususnya OKU, warga tua, anak yatim dan Ibu tunggal serta bantuan am di seluruh negeri ini, Kerajaan bersetuju menaikkan peruntukan kepada RM76.29 juta pada tahun ini dengan seramai 24,781 orang akan menikmati manfaat di bawah bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Program `Sentuhan Kasih Untaian Budi’ di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Sembulan di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Negeri menyokong penuh program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukannya di negeri ini.

Katanya, usaha mahasiswa Pendidikan Lanjutan Universiti Utara Malaysia Kampus Kota Kinabalu yang bekerjasama dengan pelbagai pihak lain untuk mengadakan program “Sentuhan Kasih, Untaian Budi” di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Sembulan, amat dihargai.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya