HomeIsu tempatanSUKAN : Perlawanan Latihan Persahabatan di Johor Bahru Menjadi Medan Terbaik Mencari...

SUKAN : Perlawanan Latihan Persahabatan di Johor Bahru Menjadi Medan Terbaik Mencari Kesefahaman : Kurniawan

Read Time:1 Minute, 17 Second

JOHOR BAHRU : Skuad sang badak tiba di Johor Bahru semalam bagi meneruskan latihan (Travel Bubble + Camp Based) untuk persiapan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan bersambung semula pada 24 Julai ini menentang PJ City FC.

Sepanjang berada di Johor Bahru, semua pegawai, barisan kejurulatihan dan pemain-pemain Sabah FC sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan seterusnya akan mengadakan dua perlawanan latihan (persahabatan) menentang JDT II FC.

Perlawanan latihan (persahabatan) pertama akan berlangsung malam ini bermula 9:00 malam dan perlawanan seterusnya pada 19 Julai 2021. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin.

Sementara itu pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto menyifatkan perlawanan latihan persahabatan ini amat penting bagi mencari keserasian, kelebihan serta kelemahan yang ada sebelum pertemuan menentang PJ City FC nanti.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan media.

“Yoyo (Josip Ivancic) dan Nazirul, dua pemain baru yang dibawa masuk selepas jendela perpindahan kedua kini semakin serasi bersama pasukan dan mereka sudah mengerti dan memahami apa yang menjadi game plan kita” kata Kurniawan.

“Kedua-dua pemain itu akan diuji dalam perlawanan latihan persahabatan dan berharap mereka akan cepat faham dan mudah beradaptasi dengan apa yang menjadi game plan kita” tegas Kurniawan.

Menurut Kurniawan kesemua 26 pemain yang dibawa ke Johor Bahru akan diberi peluang bermain dalam perlawanan latihan persahabatan itu nanti agar mereka dapat merasakan tekanan dalam perlawanan sekaligus memperbaiki “match fitness” kerana Sabah FC akan bermain sebanyak 9 perlawanan dalam tempoh 27 hari dan kesemua pemain harus bersiap sedia untuk diturunkan dalam baki saingan Liga Super.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya