Read Time:28 Second
Kota Kinabalu: Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menjadi parti terbaharu diterima Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai komponen mereka.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
“Majlis Tertinggi GRS yang bermesyuarat petang ini telah sebulat suara meluluskan permohonan LDP dan PHRS untuk menyertai parti komponen GRS.
“GRS kini mempunyai tujuh ahli (parti) iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabab (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), USNO, Parti Maju Sabah (SAPP), LDP dan PHRS,” katanya. – SABAH MEDIA.