HomeIsu tempatanSemangat Pengorbanan Perlu Diterapkan Dalam Diri Masyarakat

Semangat Pengorbanan Perlu Diterapkan Dalam Diri Masyarakat

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Semangat pengorbanan bagi menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha perlu diterapkan dalam diri masyarakat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Shahelmey Yahya berkata, semangat pengorbanan itu perlu dihayati khususnya bagi mereka yang diperlukan bertugas ketika pandemik COVID-19 ini. 

“Kita faham dalam suasana kita masih dalam pandemik COVID-19 ini, petugas barisan hadapan tanpa putus asa dengan semangat yang berterusan membantu menjaga keselamatan rakyat di negeri ini.

“Dengan adanya hubungan yang erat diantara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat maka kita akan dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri dan juga negara kita” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan lembu korban kepada petugas barisan hadapan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berharap dengan penyerahan lembu korban kepada petugas barisan hadapan sekitar kawasan Putatan itu dapat menyuntik semangat mereka dalam menjalankan tugas.

Turut hadir semasa penyerahan lembu korban sumbangan Pejabat ADUN Tanjung Keramat itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat; Sufian Matin.

Penyerahan disampaikan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah; Mohd Ali Ismail, Panglima Divisyen Kelima Infantri; Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid dan Pegawai Daerah Putatan; Zainuddin Awang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular