HomeIsu tempatan34 anak yatim sekitar DUN Membakut diraikan dalam Program Santunan Aidilfitri

34 anak yatim sekitar DUN Membakut diraikan dalam Program Santunan Aidilfitri

Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Seramai 34 orang anak yatim sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut baru-baru ini diraikan dalam satu program ‘shopping raya’.

Program Santunan Aidilfitri DUN Membakut itu telah diselaraskan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) DUN Membakut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, anak-anak yatim yang terlibat itu merupakan kumpulan pertama dari 132 anak-anak yatim dikenalpasti sekitar DUN Membakut.

“Pada kali ini, seramai 34 orang anak yatim dari 132 anak-anak yatim di DUN Membakut dibawa untuk ‘shopping raya’ bagi kumpulan pertama menerusi Program Santunan Aidilfitri  DUN Membakut.

“Selepas ini kita akan membawa merrka lagi untuk kumpulan seterusnya bagi membeli pakaian dan keperluan hari raya,” katanya.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya berharap agar semua yang terlibat akan memperoleh kegembiraan bagi menyambut Aidilfitri akan datang.

Beliau turut meminta pemimpin masyakat khususnya JPKK dan ketua-ketua kampung agar dapat mengenalpasti anak yatim dibawah 17 tahun yang masih belum disenaraikan di kampung masing-masing.

“Saya berharap agar pemimpin masyarakat diperingkat kampung dapat mengenalpasti mereka (anak yatim) yang belum disenaraikan untuk turut serta dalam program ini seterusnya dapat mengembirakan mereka untuk menyambut Aidilfitri. 

“Semoga ada percikan ceria dan bahagia di sanubari anak-anak dan terpancar keberkatan jua adanya, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Beliawanis Gagasan Rakyat digesa lebih aktif laksana program berbentuk ilmiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular