HomeUtamaPelaksanaan Program Love KK Bike : Rides Made Better

Pelaksanaan Program Love KK Bike : Rides Made Better

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya telah mengadakan Program Love KK Bike: Rides Made Better bermula pada 10 Mac 2023 lalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, aktiviti ini beroperasi di foyer, bangunan ibu pejabat DBKK.

Katanya, sebanyak 30 buah basikal telah disediakan untuk dipinjam dan digunakan oleh orang ramai yang berminat dalam aktiviti sukan berbasikal tersebut.

“Selain basikal, topi keselamatan
atau helmet basikal juga disediakan. Peminjaman basikal sepanjang penggunaannya tidak dikenakan sebarang caj,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noorliza berkata, dengan mengimbas kod QR yang disediakan orang ramai boleh menikmati kemudahan ini dengan membuat pendaftaran secara dalam talian.

“Aktiviti ini bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Selain daripada peminjaman basikal secara persendirian dalam jangka masa pendek, DBKK juga turut menawarkan peminjaman basikal untuk tempoh jangka masa panjang sekurang-kurangnya satu tahun kepada premis atau mana-mana organisasi seperti hotel, masjid, jabatan kerajaan dan lain-lain agensi untuk kegunaan tetamu atau ahli mereka yang berhasrat untuk melakukan aktiviti sukan berbasikal ini dengan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, antara objektif program ini diadakan adalah untuk mempromosi dan menggalakkan penggunaan basikal sebagai salah satu pengangkutan alternatif yang mesra alam dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida selain menggalakkan masyarakat Kota Kinabalu untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal.

Untuk keterangan lanjut, orang awam boleh menghubungi talian telefon bimbit
012 3484761 atau kunjungi laman web rasmi : dbkk.sabah.gov.my.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya