HomeUtamaOp Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 bermula hari ini

Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 bermula hari ini

Read Time:2 Minute, 6 Second

KUDAT: Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 dilaksanakan serentak di seluruh negara selama lapan hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Superintenden Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, tidak terkecuali Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat juga turut terlibat dengan OS 20 pada kali ini yang akan bermula pada 20 April hingga 27 April 2023.

Katanya, Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kudat sedang melaksanakan Op Selamat 20 dibantu oleh bahagian lain termasuk JPJKK, JSJ, JSJN dan elemen IPD Kudat lain selain Op Bersepadu akan dibuat bersama dengan agensi luar seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kudat bagi memastikan aliran trafik berjalan dengan baik sepanjang musim perayaan hari raya pada kali ini.

“Fokus utama Op Selamat 20 ini adalah untuk memastikan aliran lancar untuk pengguna-pengguna jalan raya,
mengurangkan kes kemalangan dan kes kemalangan maut pada musim perayaan selain memastikan keselamatan harta benda, permis, kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Firdaus menasihatkan kepada orang ramai ataupun pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan masing-masing dengan mendapatkan infomasi terkini mengenai keadaan lalulintas dengan menghubungi Hotline IPD Kudat Di Talian 088-612222 dan menghubungi balai serta pondok polis berhampiran di bawah pentadbiran IPD Kudat.

“Pengguna jalan raya juga hendaklah berhemah dan mematuhi peraturan-peraturan lalulintas dengan tidak memotong Q, memotong di garisan berkembar, meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan kenderaan lain.

“IPD Kudat akan memantapkan lagi operasi pencegahan jenayah, melalui rondaan berkala untuk menangani kes-kes pecah rumah dan curi di daerah ini terutamanya di musim perayaan kali ini,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, IPD Kudat juga akan mengatur gerak anggota balai, kereta peronda (BPJKK), unit rondaan bermotosikal (URB) serta rondaan BIT untuk membuat rondaan dan pemeriksaan berkualiti siang dan malam terutama di kawasan perumahan dan permis-permis perniagaan yang ditinggalkan dan juga rumah-rumah ibadat.

“Orang ramai yang mahu meninggalkan rumah juga dinasihati melaporkan kepada Balai Polis yang berdekatan dan aktifkan CCTV masing-masing serta memaklumkan kepada jiran yang boleh membantu untuk memantau keselamatan rumah dan memaklumkan kepada PDRM jika ada aktiviti yang mencurigakan.

“Saya mewakili warga PDRM IPD Kudat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 kepada umat Islam yang meraikan Hari Raya Aidilfitri.
“Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”,” katanya.

Sementara itu, penugasan Op Selamat 20 oleh Bahagian Penguatkuasaan Dan Siasatan Trafik bersama dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Kudat di KM 18 Jalan Kudat – Kota Kinabalu hari ini dilaporkan aliran trafik berjalan dengan lancar manakala pamplet mengenai keselamatan turut diedarkan kepada pengguna jalan raya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular