Kota Kinabalu : Lebih 1,000 tetamu jemputan hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang diadakan di Istana Seri Kinabalu pagi tadi.
Antara tetamu kenamaan yang hadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M Yahya dan isteri, Datin Seri Noraini Salleh serta jemaah Menteri Kabinet serta isteri masing-masing.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong serta Datin Seri Dr. Nuinda Alias, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Selain hidangan pelbagai juadah, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan gambus dari Papar.
Majlis yang bermula jam 10 pagi tadi berakhir jam 12 tengah hari, namun disambung semula ke sesi petang khusus bagi ahli keluarga Tun Juhar serta Toh Puan Norlidah.