HomeIsu tempatanKV Keningau hantar peserta teramai program pertukaran maya Asia Tenggara

KV Keningau hantar peserta teramai program pertukaran maya Asia Tenggara

Read Time:1 Minute, 31 Second

KENINGAU: Kolej Vokasional Keningau telah menghantar seramai lapan guru dan 72 orang pelajar untuk program pertukaran dalam talian guru dan pelajar melibatkan institusi-institusi vokasional di Asia Tenggara menerusi organisasi SEAMEO TED yang berpangkalan di Kemboja.

Pengarah KV Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, program ini merupakan kesinambungan dari program rintis yang bermula pada tahun lepas.

“Pada tahun ini, program yang mengambil masa selama tiga bulan melibatkan enam institusi vokasional dari Malaysia, Kemboja, Indonesia dan Filipina bermula 20 April hingga 20 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini .

Menurut Christine, program yang dianjurkan oleh SEAMEO TED adalah salah satu cawangan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara yang berkhususkan pendidikan teknikal dan vokasional.

Katanya, program ini dirintis pada tahun lepas dimana ianya melibatkan empat buah sekolah dari empat negara Asia Tenggara terdiri daripada 122 pelajar dan 13 tenaga pengajar mengajar 13 subjek dalam bidang hospitaliti, pertanian, perakaunan, kejuruteraan, bahasa dan kemanusiaan.

“Manakala pada tahun ini, jumlah sekolah, subjek dan peserta meningkat kepada 252 orang pelajar dari enam buah sekolah serta 25 tenaga pengajar mengajar 21 subjek yang ditawarkan sepanjang perlaksanaan program itu,” katanya.

Tambah beliau, skop subjek-subjek yang ditawarkan juga makin meluas dengan penawaran subjek teknologi seperti kimpalan, pembinaan, automotif dan elektrikal.

Justeru, katanya, Kolej Vokasional Keningau kekal sebagai institut yang menghantar jumlah pelajar paling ramai dari 45 orang pelajar pada tahun 2022 ke 72 orang pada tahun ini.

“Kolej itu menawarkan empat subjek teknologi yang diajar oleh dua orang guru secara berpasangan,” ujarnya.

Beliau berkata, KV Keningau yang merupakan salah satu ahli SEAMEO TED yang merintis program ini bersama dengan empat buah sekolah dari negara lain kekal komited menjayakan program ini secara berterusan.

“Saya selaku pengarah kolej ini berasa gembira dengan perlaksanaan program ini kerana ianya melatih para guru dan pelajar mereka untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan memperkembangkan kemahiran insaniah mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular