HomeIsu tempatanTun Juhar terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Tun Juhar terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Read Time:34 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin semalam menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon, di Istana Seri Kinabalu. 

Rombongan yang disertai Setiausaha Pertama (Politik), Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia, Warran Kalasegaran dan Darren Kee itu bertujuan untuk membincangkan potensi jalinan kerjasama yang lebih baik di antara Sabah dan Singapura terutamanya selepas pandemik COVID-19.

Vanu turut memaklumkan pembukaan Pejabat Perdagangan dan Ekonomi Sabah di Singapura baru-baru ini merupakan satu permulaan yang baik dan dapat menggalakkan kemasukan pelaburan dua hala di antara Sabah dan Singapura.

Selain itu, Vanu juga menjemput Tun Juhar melawat ke Kota Singa bagi mengeratkan hubungan di antara pemimpin Sabah dan Singapura.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular