HomeUtamaSabah, Labuan, Sarawak berisiko dilanda hujan lebat, angin kencang

Sabah, Labuan, Sarawak berisiko dilanda hujan lebat, angin kencang

Read Time:38 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan utara Sarawak berisiko dilanda fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang dari 5 hingga 7 Mei, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam. 

Menurut ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan agensi itu pada 1 tengah hari tadi, berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat.

“Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin barat daya di perairan barat Sabah dan utara Sarawak dari 5 hingga 10 Mei 2023,” menurut MetMalaysia.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi jabatan terlibat bagi maklumat yang terkini dan sahih.- BERNAMA.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya