HomeIsu tempatanWanita maut dipukul abang kandung

Wanita maut dipukul abang kandung

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 25 tahun maut dipercayai dipukul oleh abang kandungnya dalam satu kejadian di kediaman mereka di Jalan Signal Hill, di sini, pada 4 Mei lalu.

Dalam kejadian, mangsa ditemui oleh ayahnya pada jam 4.30 petang dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka yang teruk dan berdarah di muka.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II, untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun iaitu abang kepada mangsa.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan oleh abang mangsa kerana mengikut keterangan daripada keluarga, ketika kejadian hanya mangsa bersama abangnya sahaja berada di rumah.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan di antara kedua-dua beradik terbabit kerana mangsa dan suspek seringkali bergaduh di rumah mereka.

“Namun motif kejadian pergaduhan itu belum dapati dipasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Bagaimanapun Kalsom berkata, tiada sanjata yang ditemui di tempat kejadian namun polis merampas dua bentuk cincin yang dipakai suspek.

“Mangsa yang menerima rawatan akibat parah di HQE II disahkan meninggal dunia jam 10.30 malam, Sabtu lalu.

“Suspek kini direman dan ujian air kencing mendapati suspek negatif terhadap dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular