KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu dalam menyelesaikan isu bekalan air di Sabah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Kerajaan Negeri sedang melaksanakan rancangan kita sendiri untuk menangani masalah air tersebut dan dengan kehadiran Kerajaan Persekutuan untuk memberikan bantuan, kami percaya masalah itu boleh diselesaikan dengan cepat,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air negeri.
“Apa yang Perdana Menteri maksudkan ialah Kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pengurusan masalah dengan menyediakan pembiayaan yang lebih besar sama dengan
isu air di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kerajaan memandang serius masalah bekalan air di Sabah dan termasuklah akan menyelesaikan semua isu dengan cepat, kata Hajiji ketika bertemu dengan Perdana Menteri.