HomeUtamaTujuh pelan strategik Ko-Nelayan bantu keberhasilan komuniti nelayan di Sabah

Tujuh pelan strategik Ko-Nelayan bantu keberhasilan komuniti nelayan di Sabah

Read Time:1 Minute, 40 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan) Sabah menyediakan tujuh teras pelan strategik bagi tempoh tujuh tahun bermula 2023 sehingga 2030 menerusi dua fasa.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, fasa pertama pelan berkenaan akan dilaksanakan bermula tahun ini sehingga 2025 dengan bertemakan ‘memacu ke arah pemantapan sistem’.

Katanya, bagi fasa kedua pula ianya akan dilaksanakan bermula 2026 sehingga 2030 dengan tema ‘meneraju ke arah kecemerlangan’.

“Harapan saya adalah agar pelan strategik ini akan memberikan keberhasilan dan keberkesanan kepada komuniti nelayan dan pemain industri untuk menjadikan ekonomi mereka lebih berkembang maju dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Ko-Nelayan di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Peto Galim.

Hadir sama, Pengerusi Ko-Nelayan Kong Soon Choi dan Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar.

Antara pelan strategik Ko-Nelayan 2023-2030 itu adalah bagi memantapkan usaha pembangunan komuniti nelayan dan usahwan; memacu pembangunan industri akualkultur berdaya saing dan lestari untuk jaminan sekuriti makanan dan mengukuhkan pembangunan infrastuktur bagi menyokong industri perikanan.

Selain itu, pelan itu juga mengariskan untuk memperkukuh rancangan pelaburan yang berkesan dengan penglibatan sektor swasta dan mempekasa budaya pendigital dan aplikasi teknologi.

Turut digariskan adalah bagi memantapkan lagi tadbir urus dan perkhidmatam yang efisien dan meningkatkan lagi pengurusan sumber perikanan lestari.

Dalam pada itu, Soon Choi berkata, pelan yang dilancarkan itu adalah bagi memajukan komuniti nelayan  dan industri perikanan selaras dengan visi Ko-Nelayan.

Katanya, Ko-Nelayan akan berterusan secara agresif untuk menyelaraskan dan memperkasa sistem perkhidmatan yang lebih efisien, berintegriti dan produktif. 

Pengerusi Ko-Nelayan Kong Soon Choi

“Seluruh warga Ko-Nelayan akan menggembeling tenaga bagi mempastikan keseluruhan program dan aktiviti dijalankan bagi mendapatkan outcome dan impak yang berkesan untuk kemajuan komuniti nelayan.

“Saya amat berharap agar seluruh warga Ko-Nelayan memegang erat nilai sepunya dan mengamalkannya yang terdiri dari nilai-nilai murni iaitu integriti, amanah, telus, empati, responsif dan harmoni,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS taja kos pendidikan anak Sabah lebih RM25 juta sehingga Oktober...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular