HomeUtamaGerakan koperasi di negara ini perlu terus diperkasa

Gerakan koperasi di negara ini perlu terus diperkasa

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengalu-alukan kerjasama antara koperasi-koperasi dari satu wilayah atau negeri bagi mewujudkan ekosistem gerakan Koperasi MADANI.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, kerjasama itu penting bagi memakmurkan ekonomi negara, memperkukuhkan kesejahteraan rakyat seterusnya memberi manfaat kepada ahli koperasi dan rakyat secara keseluruhannya.

“Saya mahu melihat gerakan koperasi diperkasakan lagi melalui kerjasama antara koperasi-koperasi di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Gerakan Koperasi, di Dewan Perdana Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di sini, hari ini.

Ewon berkata, berdasarkan statistik gerakan koperasi di seluruh negara, setakat 31 Disember tahun lalu, sebanyak 15,315 buah koperasi berdaftar dengan jumlah keanggotaan seramai 7.3 juta orang dengan modal syer/ yuran terkumpul berjumlah RM16.99 bilion.

Katanya, ia menunjukkan koperasi mampu memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara dan mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang kukuh dan mampan. 

“Ini diperkukuhkan lagi dengan rekod kedudukan aset secara keseluruhannya sebanyak RM159.6 bilion.

“Manakala sumbangan perolehan koperasi juga dilihat memberangsangkan pada 2022 iaitu melebihi RM45.50 bilion dan menunjukkan sumbangan besar kepada ekonomi negara kita,” katanya.

Mengenai Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Ewon berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membangunkan OACP SKM 2023-2025. 

“Saya mengalu-alukan Pelan Antirasuah Organisasi ini dan saya percaya semua agensi di bawah kementerian saya juga mempunyai pelan antirasuah masing-masing

“Ini menunjukkan perkhidmatan awam di peringkat agensi dan kementerian mempunyai kesungguhan memperbaiki tatakelola dan integrity menolak rasuah.

“Ianya penting untuk kita semua supaya sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menolak sebarang unsur rasuah,” katanya.

Beliau berkata, Pelan Antirasuah Organisasi ini adalah satu dasar yang mencerminkan kesungguhan warga SKM membenteras segala bentuk aspek rasuah dalam organisasi, terutamanya dalam membangunkan koperasi. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Patuhi peraturan, pandu dengan baik ketika musim perayaan – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular