Sabah FC kembali bangkit tewaskan Perak FC

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sabah FC kembali bangkit menewaskan Perak FC 3-1 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Likas di sini malam ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sebelum ini gagal mencipta kemenangan selepas hanya mencatat keputusan seri 2-2 keatas pasukan Terengganu FC pada Jumaat lalu.

Sebaik babak pertama bermula, Sabah FC pantas melakukan serangan ke gawang lawan dan berjaya mencipta gol pertama menerusi penyerang tuan rumah Darren Lok pada minit ke-4.

Gol Sabah itu bermula dari sepakan percuma ketua pasukan Baddrol Bakhtiar yang pada mulanya disambut Dominic Tan namun terkena tiang gol dan terpantul ke arah Darren menjadikan Sabah mendahului 1-0.

Baddrol sekali lagi berpeluang untuk menambah gol kedua tuan rumah meskipun penjaga gol Perak sudah tewas namun sepakan Baddrol tiang melewati palang pasukan pelawat.

Pemain import Sabah, Park Taesu akhirnya berjaya menambah gol kedua selepas menerima hantaran jauh dari tengah ketika dia berada di kawasan kotak penalti Perak pada minit ke-31 menjadikan kedudukan berubah 2-0.

Sepuluh minit berselang, Baddrol berjaya menambah gol ketiga menerusi hantaran lintang pemain import Jailton Paraiba pada minit ke-41 menjadikan Sabah mendahului 3-0.

Tamat masa rehat, pasukan pelawat tidak berdiam diri apabila hampir memperoleh gol pertama menerusi sepakan percuma pemain import Luciano Guaycochea pada minit ke-67 namun sepakannya terkena palang.

Bagaimanapun kelincahan pemain Perak, Harith Naem Jaineh yang tidak dikawal berjaya menjaringkan gol pertama Perak FC pada minit ke-83 menjadikan kedudukan berubah 3-1.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah berada ditangga keempat dengan mengutip 24 mata dan akan bertemu Kedah di Stadium Darul Aman pada 2 Jun depan. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *