HomeIsu tempatanSukarelawan MASESA bersama penduduk kutip 800kg sampah di Kg Tanjung Aru Lama

Sukarelawan MASESA bersama penduduk kutip 800kg sampah di Kg Tanjung Aru Lama

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 800 kilogram sampah telah dikutip oleh enam orang sukarelawan dari badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah (MASESA) bersama 35 orang penduduk Kampung Tanjung Aru Lama di sekitar kediaman mereka di kampung berkenaan, semalam.

Presiden MASESA, Ainie Jamin berkata aktiviti yang dianjurkan pihaknya bersama penduduk kampung terbabit adalah bagi memberi kesedaran untuk membersihkan kawasan di sekitar kediaman mereka yang dipenuhi sampah.

“Persatuan kami sebelum ini banyak melaksanakan aktiviti mengenai kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya dengan komuniti kampung.

“Namun kali ini sedikit berbeza dimana kami menganjurkan aktiviti mengutip sampah hanya di sekitar rumah mereka kerana dari pemerhatian kami, begitu banyak sampah yang bertimbun tetapi tidak dipedulikan oleh majoriti penduduk Kampung Tanjung Aru Lama.

“Dengan aktiviti ini, kami berharap ia akan menjadi satu langkah permulaan agar penduduk kampung di sini lebih peka untuk membersihkan kawasan kediaman mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Ainie turut berkata MASESA turut mengagihkan bakul makanan hasil sumbangan beberapa pihak kepada penduduk Kampung Tanjung Aru Lama yang melibatkan diri dalam aktiviti mengutip sampah anjuran pihaknya itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menyumbang barangan berbentuk makanan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Tanjung Aru Lama.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya