HomeUtamaPICK : Lebih 1 Juta Dos Vaksin Telah Diberikan Kepada Rakyat Di...

PICK : Lebih 1 Juta Dos Vaksin Telah Diberikan Kepada Rakyat Di Sabah

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Lebih 1 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penerima vaksin di Sabah sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 665,537 orang telah diberikan suntikan vaksinasi Dos Pertama menerusi pemberian fasa pertama dan kedua.

“Bagi penerima dos kedua membabitkan fasa pertama dan kedua, seramai 380,257 orang telah diberikan suntikan vaksin menerusi PICK.

“Pada hari ini, tiada sebarang suntikan dos pertama dan kedua bagi fasa pertama namun bagi fasa kedua membabitkan dos pertama, sebanyak 28,454 suntikan telah diberikan manakala sebanyak 801 suntikan diberikan bagi dos kedua pada fasa kedua,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, bagi jumlah pendaftaran penerima vaksin pada hari ini ialah sebanyak 20,170 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 1,079,973.

Katanya, jumlah pendaftaran itu adalah melalui Mysejahtera sebanyak 995,644: Laman Web 84,064 dan Talian Vaksinasi 265 yang bersamaan 39.2 peratus.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya