KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita mengalami kecederaan patah jari tangan kiri selepas tangannya tersepit di mesin pembuatan kulit dumpling dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Menggatal Plaza dekat sini pada petang Sabtu.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.32 petang Sabtu (24 Jun).
“Sepasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati tangan mangsa seorang pekerja wanita berjaya dikeluarkan dari mesin oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.
“Mangsa berumur 19 tahun itu menerima rawatan awal dari anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS.
“Seterusnya mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan EMRS dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.10 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.