HomeUtama13 PEDi diwujudkan di Sabah, perluas potensi ekonomi E-Dagang

13 PEDi diwujudkan di Sabah, perluas potensi ekonomi E-Dagang

Read Time:1 Minute, 51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sejumlah 13 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu akan diwujudkan di Sabah dalam usaha bagi memperluaskan lagi potensi ekonomi E-Dagang di negeri ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, liputan internet merupakan satu utiliti asas sama seperti air dan elektrik dan ianya perlu diambil perharian selain kualiti perkhidmatan ditambah baik.

“Semasa kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, banyak isu dibincangkan tentang liputan 4G,5G serta kemudahan untuk memastikan lebih banyak kawasan berpenduduk di Sabah boleh mendapat liputan 4G ataupun LTE ini.

“Jadi adalah amat penting untuk kita memastikan tempat berpenduduk tiada akses internet boleh dapat liputan dan juga kualiti perkhidmatan ini dapat ditambah baik,” katanya. Ketika ditemui selepas melawat PEDi Kampung Kopimpinan, di sini semalam.

Nie Ching berkata, Sabah kini mempunyai 118  PEDi dimana ianya diharap dapat membekalkan liputan internet, kemudahan komputer dan juga kursus yang boleh membantu usahawan untuk menyertai E Dagang ini.

“Terdapat 13  PEDi baharu akan diwujudkan di Sabah dan saya agak berbangga ada produk yang dijual melalui PEDi ini ada yang telah sampai ke negara Brunei.

“Ini merupakan satu potensi dalam E Dagang, kerana sebelum ini hasil dan produk cuma dapat dijual kepada komuniti lokal sahaja, tetapi sekarang dengan kemudahan internet dan platform E Vendor, produk yang bagus bukan sahaja dapat dijual kepada komuniti tempatan bahkan sehingga ke luar negara.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada usahawan di sini dan saya harap makna mereka bolehlah terus maju jaya dan saya percaya bahawa kita perlukan pastikan bahawa lebih ramai usahawan yang bersifat di rumah sahaja bolehlah join E Usahawan supaya kita boleh menambah pendapatan isi rumah”, katanya.

Terdahulu, Teo mengadakan kunjungan hormat menemui Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya bersama wakil agensi di bawah KKD yang berpejabat di Sabah.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah liputan internet di kawasan berpenduduk di Sabah dan juga keperluan akses kepada internet yang menjadi sebahagian utiliti asas seperti bekalan air dan elektrik pada masa kini.

Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) Sabah Ts Cyril Simon dan Pengarah Seksyen Kawalselia Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah Suhaila Jaffar.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular