HomeUtamaSapawi Ahmad dinobat Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Sabah

Sapawi Ahmad dinobat Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Bekas Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad,67, dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1445H peringkat negeri Sabah pada tahun ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuan Islam Seluruh Sabah (USIA) menerima sijil penghargaan; trofi; wang tunai RM20,000; pakej umrah dan beberapa hadiah lain yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Datuk Sapawi ketika ditemui media – JAPEN

Sapawi mengakui terharu apabila diumumkan mengenai perkara itu semalam namun rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menerima anugerah berkenaan.

“Sebenarnya saya masih rasa sedikit terharu kerana saya baru dimaklumkan semalam, ertinya tidak dimaklumkan lebih awal.  Sepanjang saya aktif dalam gerakan dakwah, saya tidak nampak pun sumbangan besar saya.

“Tetapi mungkin jawatankuasa dapat menilai kerana saya aktif dalam kegiatan dakwah bermula tahun 1980an sebagai Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1982 hingga 1990,” katanya ketika ditemui di sini pagi tadi.

Datuk Sapawi bersama hadiah yang dimenangi – Pix MAHA

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Sapawi berkata, beliau berehat seketika dari gerakan dakwah apabila dilantik sebagai Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Sabah dan kemudiannya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen untuk beberapa penggal.

“Ketika menjadi ADUN, saya dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dari tahun 1995 hingga 1997.  Kemudian saya menjadi Yang Dipertua USIA selepas berehat dari politik.

“Dan ketika di MUIS, saya melaksanakan satu program yang dipanggil pelan strategik untuk menggerakan MUIS dengan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), baitulmal dan membuat penstrukturan beberapa jabatan,” katanya.

Sementara itu, Sapawi berkata cabaran dakwah menerusi kegiatan NGO pada masa kini adalah jauh berbeza berbanding dulu.

“Cabaran dakwah memang berbeza. Ketika saya menjadi Yang Dipertua ABIM dulu tiada media sosial. Hari ini cabaran paling besar ialah bagaimana media sosial boleh digunakan sebagai platform untuk menggerakkan dakwah.

“Jadi saya fikir dalam konteks dakwah moden hari ini, NGO perlu memanfaatkan media sosial sebagai medium alternatif.

“Pergerakan dakwah tidak semudah yang dikatakan kerana apabila dunia sudah moden, cabarannya lebih besar terutamanya di media sosial. Jika pengisiannyaa tidak ada tapisan dan pemikiran positif digerakkan, anak muda akan terpengaruh dengan keadaan semasa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular