KOTA KINABALU – Pengerusi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengalukan-alukan pelaburan yang mahu dibuat syarikat Gegrasi Thailand, B Grimm Group ke Negeri Sabah.
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya hari ini, Rahman berkata Syarikat berkenaan mempunyai kepentingan besar di dalam bidang industri tenaga, hartanah, pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan.
“Kami berbincang mengenai minat beliau untuk melabur di Negeri Sabah terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan bidang yang diminati beliau iaitu projek penanaman semula pokok kayu”
Tambahnya, Dato’ Dr Harald Link dinamakan sebagai salah seorang dari 10 orang yang paling berjaya di Thailand dengan nilai harta peribadi beliau sebanyak US 3.3Bilion atau RM 15 Bilion, dan beliau juga adalah peminat tegar dan pernah bermain sukan POLO katanya.
Jelas Rahman lagi, Dr Harald amat mengambil berat soal alam sekitar dan fenomena perubahan iklim dalam mana-mana projek dan perniagaan beliau, dan itu memang kita alu-alukan di negeri Sabah.
Insyallah saya akan membantu beliau untuk mempermudahkan urusan pelaburan beliau di negeri Sabah ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Syarikat reNIKOLA di mana B.Grimm Power Thailand mempunyai kepentingan sebanyak 45% di dalam syarikat itu menyasar untuk mengumpul sehingga AS$438 juta (RM2 bilion) untuk membiayai perancangan projeknya dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Ini termasuk projek solar di Asia Tenggara, kata pengarah urusannya Boumhidi Adel kepada Reuters.
Beribu pejabat di Kuala Lumpur, syarikat itu memiliki dan mengendalikan loji tenaga solar berskala besar di seluruh Semenanjung Malaysia.
reNIKOLA sedang mencari untuk mengembangkan projek tenaga boleh diperbaharuinya dalam operasi dan pembangunan kepada satu gigawatt-puncak (GWp) dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada loji 178 megawatt puncak (MWp) sedia ada yang beroperasi sekarang, katanya.