HomeSukanPasukan bola tampar perempuan 12TKB Keningau juara kejohanan MSS Sabah

Pasukan bola tampar perempuan 12TKB Keningau juara kejohanan MSS Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kunak : Penantian lima tahun pasukan bola tampar perempuan 12 tahun ke bawah (12TKB) Keningau berakhir apabila mereka dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Tampar 12TKB Peringkat Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah, baru-baru ini.

Pasukan Keningau sebelum ini dua kali muncul naib juara iaitu pada 2019 dan 2020 sebelum kejohanan terpaksa dibatalkan pada 2021 akibat pandemik Covid-19.

Pada tahun berikutnya iaitu pada 2022, hasrat mereka untuk mengecap kejuaraan juga tidak kesampaian apabila sekadar memenangi tempat ketiga.

Tiga pemain Keningau turut dianugerahkan sebagai spiker terbaik, server terbaik dan setter terbaik.

Dalam kejohanan di Kunak, baru-baru ini, pasukan Keningau akhirnya berjaya muncul sebagai juara selepas menewaskan Kota Belud 2-0 di final.

Lebih manis lagi, pasukan Keningau memenangi kesemua perlawanan dalam kejohanan itu sama ada di peringkat kumpulan mahupun di pusingan kalah mati.

Keningau memulakan aksi di peringkat kumpulan dengan menewaskan Papar 2-0, dan Sipitang (2-0), seterusnya mara ke pusingan 16 terbaik.

Mereka juga tidak menghadapi masalah di pusingan kalah mati apabila menewaskan Kota Kinabalu 2-1 (pusingan 16 terbaik), menewaskan Tawau 2-1 (suku akhir) seterusnya mengecewakan juara edisi 2022 iaitu Tenom dengan keputusan 2-0 di separuh akhir.

Jurulatih pasukan perempuan 12TKB Keningau, Stanley Ian Junaidi berkata, kejuaraan yang dicapai itu bukanlah mudah selepas pelbagai rintangan dihadapi.

“Sesungguhnya banyak rintangan untuk membawa pasukan menyertai kejohanan kali ini, namun semua kekangan serta rintangan dapat diatasi dengan semangat, kerjasama dan komitmen padu rakan-rakan guru yang terlibat.

“Kekuatan kontinjen Keningau terletak pada komitmen rakan-rakan guru yang bekerja umpama keluarga yang sangat harmoni.

“Pasukan perempuan akhirnya menjuarai kejohanan buat pertama kalinya selepas sekian lama menanti dan tidak dilupakan pasukan lelaki yang turut memberi saingan sengit dan berada dalam kedudukan lapan terbaik,” katanya ketika dihubungi.

Selain muncul sebagai juara, tiga pemain perempuan Keningau turut terpilih sebagai spiker terbaik, server terbaik dan setter terbaik.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

U23 Sabah FC sasar kutip satu mata menentang JDT II

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular