HomeIsu tempatanPersembahan 'Drumline' pasukan keselamatan curi tumpuan pengunjung

Persembahan ‘Drumline’ pasukan keselamatan curi tumpuan pengunjung

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu  : Persembahan drumline gabungan pasukan pertahanan negara berjaya mencuri tumpuan ribuan pengunjung yang hadir sempena sambutan Hari Pahlawan, di Padang Merdeka di sini semalam.

Para pengunjung juga dilihat teruja melihat aksi wakil-wakil pasukan melambungkan drum mace atau tongkat drum major semasa persembahan berlangsung. 

Tidak kurang juga, ramai yang bertepuk tangan sambil bersorak apabila drum mace itu berjaya dapat ditangkap kemas oleh pemain terbabit.

Pengarah Pancaragam Polis Kontinjen Sabah, Inspektor Willbonoh Zain selaku koreografi yang memimpin slot drumline berkata, persembahan itu dianggotai seramai 22 anggota termasuk pemuzik simpanan.

Anak jati Ranau itu berkata, mereka telah menjalani sesi latihan di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selama seminggu. 

“Dalam persembahan ini, tiga anggota menggunakan drum major, queen tom seorang player, bass drum dua pemain manakala 13 anggota lagi  bermain side drum.

“Jumlah semua pemain ialah 19 orang, seorang pemain simpanan dan saya sendiri sebagai pengarah muzik untuk durasi enam minit.

“Formasi perjalanan drumline ialah idea saya sendiri, manakala pattern ketukan drum / percussion saya gabungkan dari setiap jabatan dan ada juga idea saya sendiri.

“Sebab persembahan ini adalah gabungan jadi saya minta elemen-elemen daripada setiap jabatan supaya ada input daripada setiap pasukan,” katanya.

Signifikannya, persembahan secara gabungan memerlukan persefahaman dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan sinergi irama, rentak dan formasi yang seragam serta harmoni seperti mana kerjasama erat dan padu yang ditunjukkan semasa frontliners ini berjuang menentang Coronavirus (COVID-19) sejak 18 Mac 2020. 

Dalam kata lain, COVID-19 itu menyatukan tiga pasukan keselamatan negara bergabung dalam irama  dan dipersembah dalam persembahan drumline.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular