HomeIsu tempatanSawit Kinabalu jayakan jelajah semarak kemerdekaan DUN Lumadan

Sawit Kinabalu jayakan jelajah semarak kemerdekaan DUN Lumadan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Beaufort : Program jelajah semarak kemerdekaan anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan sempena bulan Kebangsaan pada tahun ini akan menjelajah ke 12 buah sekolah sekitar daerah ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, program yang akan bermula esok itu turut mendapat kerjasama dari sebuah syarikat berkaitan Kerajan (GLC) di negeri ini iaitu Sawit Kinabalu.

“Kita akan mengadakan program jelajah semarak kemerdekaan bermula esok dan akan menjelajah ke 12 buah sekolah dimana ianya melibatkan Sekolah Vokasional; Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

“Pada tahun ini juga kita turut mendapat tajaan daripada Sawit Kinabalu buat tahun ketiga dengan menyumbangkan sebanyak 2,600 Jalur Gemilang dan bendera Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan program berkenaan di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, antara pengisian program jelajah itu adalah penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Sabah ke sekolah yang terlibat.

“Penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Sabah ini juga adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dikalangan para pelajar kerana mereka ini merupakan pemimpin pelapis negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, jelajah itu juga akan turut disertai sebanyak 66 penunggang motorsikal bagi mengiringi peserta jelajah.

“Kita menganggarkan seramai lebih 200 peserta akan turut sama memeriahkan program ini disetiap jelajah yang akan kita singgah,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya