HomeIsu tempatanKibar Jalur Gemilang dengan ikhlas : Dr. William

Kibar Jalur Gemilang dengan ikhlas : Dr. William

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Warga perubatan dan kesihatan khususnya kakitangan hospital adalah digalakkan untuk terus menghayati erti kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr William Gotulis berkata, langkah mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa ikhlas sama ada di kediaman sendiri mahupun sekitar perkarangan pejabat sudah pasti memberi banyak  hikmah tersendiri.

“Selain menjadi amalan dan ikutan masyarakat pelbagai kaum yang lain, tindakan sedemikian pasti akan mempengaruhi jiwa kita untuk terus memelihara dan menjaga kedaulatan negara sepanjang 66 tahun kita mengecapi kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran  Program Semarak Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Dan  Hari Malaysia (HKHM)  Peringkat HQE bertempat di Dewan Auditorium di sini.

William berkata, selain mempengaruhi perasaan sayang dan bangga menjadi rakyat Malaysia, amalan sedemikan akan mempengaruhi tindakan masing-masing untuk terus membudayakan amalan mengibarkan Jalur Gemilang kepada seluruh ahli keluarga agar cakna erti kemerdekaan sebenar.

 “Amalan berhimpun dihadiri seluruh kakitangan khususnya di Program Semarak Merdeka peringkat hospital memberi banyak manfaat kepada diri dan organisasi.

“Selain menyemarakkan lagi semangat patriotisme, program kemerdekaan yang dianjurkan mampu mengkukuhkan rasa kekitaan menerusi kerja secara berpasukan sekaligus dijadikan wadah untuk aktif semula melalui penglibatan aktiviti luar setelah peralihan ke fasa endemik ,” katanya.

Dalam pada itu, William berkata, bagi menyemarakan lagi perasaan rasa jati diri dan bangga dengan kemerdekaan negara, pihak hospital turut menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.  

Antaranya  pertandingan Dekorasi Pejabat, Kuiz Kemerdekaan, Bintang Semarak Merdeka  serta aktiviti Gotong-Royong Perdana, Majlis Bacaan Yasin  tidak terkecuali  Kempen Kibar Jalur Gemilang dipersekitaran  kawasan hospital. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular