HomeUtamaBelia diseru terlibat sama dalam bidang STI, pengkomersialan

Belia diseru terlibat sama dalam bidang STI, pengkomersialan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kuala Lumpur : Golongan belia di negara ini diseru untuk turut bersama membina momentum yang tinggi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) serta pengkomersialan bagi menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan Kajian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) bagi setiap peningkatan satu peratus dalam inovasi akan menyumbang sebanyak 0.36 peratus kepada ekonomi negara yang bersamaan berbilion ringgit.

Katanya, meningkatkan bilangan inovasi tempatan dalam STI akan mewujudkan pekerjaan selain menjana nilai negara yang lebih besar dan meningkatkan daya saing rakyat di peringkat antarabangsa.

“Sehubungan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terus memacu agenda teknologi dan inovasi melalui keseluruhan spektrum rantaian nilai inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. 

“MOSTI membantu inovator dalam tiga peringkat, iaitu peringkat awal melibatkan percambahan idea, fasa peralihan Inovasi dan juga fasa Permintaan Matang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup seminar belia bersempena Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2023 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Arthur ketika mengulas berkenaan Sidang Kemuncak MCY menyifatkan ia sebagai antara instrumen utama bagi membolehkan Kerajaan merealisasikan matlamat mempercepatkan pengaplikasian teknologi dan inovasi seperti yang digariskan dalam RMKe12.

Katanya, penganjuran program seperti itu akan menjadi pemangkin dalam memastikan enam sasaran telah ditetapkan dapat direalisasikan termasuk pengkomersialan 500 produk dan penyelesaian melalui MCY dan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) menjelang 2025. 

Seramai lebih 450 belia termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi terlibat dalam seminar anjuran bersama MOSTI,  Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dan Youth Ventures Asia. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular