HomeUtamaDUN Sabah: Kerajaan henti khidmat lori air swasta

DUN Sabah: Kerajaan henti khidmat lori air swasta

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan telah menghentikan khidmat semua lori-lori air milik swasta yang beroperasi dan menjual bekalan air bersih berikutan aduan caj berlebihan dikenakan kepada pengguna.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pemberhentian perkhidmatan itu dilakukan sejak dua minggu lalu sebenarnya lanjutan daripada kejadian lori-lori air swasta yang beroperasi dan mengenakan caj yang berlebihan.

“Apa yang kita lakukan adalah sekiranya terutama bangunan-bangunan ataupun premis-premis kerajaan yang mengalami gangguan bekalan air, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan menghantar lori air daripada Jabatan Air.

“Namun kita mengakui bahawa lori air dari Jabatan Air tidak mencukupi, justeru, Jabatan Air akan memperoleh khidmat daripada syarikat swasta untuk menghantar air kepada pihak yang meminta bekalan air tetapi cas itu akan
dikenakan keatas Jabatan Air, bukannya beli dengan cas yang tinggi,” katanya semasa sesi jawapan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN ke-16, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Wong Hong Jun mengenai Adakah Kerajaan menyediakan peruntukan untuk penduduk atau industri yang sudah membayar atau membeli air daripada lori-lori tangki
persendirian?

Shahelmey turut menegaskan bahawa kerajaan sedang ke arah usaha memulih dan menstabilkan gangguan bekalan air di negeri ini dan sepatutnya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

“Kita pecaya dengan usaha pemulihan dan penstabilan tekanan air yang sedang kita lakukan perkara ini sepatutnya tidak lagi terjadi,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

PRN17 SABAH: GRS berpeluang rampas kerusi DUN Sekong dari Warisan

Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular