HomeIsu tempatan38 bot nelayan dihiasi Jalur Gemilang, semarak Bulan Kebangsaan

38 bot nelayan dihiasi Jalur Gemilang, semarak Bulan Kebangsaan

Read Time:54 Second

Putatan : Persatuan Nelayan Pasir Putih menyemarakkan Bulan Kebangsaan pada tahun ini dengan pelepasan sebanyak 38 bot yang dihiasi dengan Jalur Gemilang di Teluk Villa di sini.

Program julung kali di jeti yang baru siap dibina itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari selepas merasmikan Program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Daerah Putatan.

Awang ketika ditemui media berkata, program tersebut merupakan antara program awal menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di mana kedua-dua hari bersejarah itu sangat penting diamati oleh semua rakyat agar semangat  terus berkobar di samping menyesuaikan diri dengan  arus pembangunan.

Pada majlis tersebut juga, Awang mengumumkan pemberian saguhati khas sebanyak RM50 seorang kepada 40 orang kanak-kanak Tabika Kemas Pasir Putih yang menyertai pertandingan mewarna lukisan bertemakan Bulan Kebangsaan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Supian Musa, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmy Mohd Taib, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.23 Petagas, Latif Jiar dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.24 Tanjung Keramat, Mahadzir Abdul Majid.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular