HomeUtamaSMK Kota Marudu juara CIP KPS Peringkat Negeri Sabah 2023

SMK Kota Marudu juara CIP KPS Peringkat Negeri Sabah 2023

Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu dinobatkan sebagai juara Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 yang berlangsung di Taman Hidupan Liar Lok Lawi, Penampang pada Sabtu.

Datuk Armizan Mohd Ali

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Program CIP KPS itu merupakan program tahunan KPDN dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia merupakan satu
pertandingan atau cabaran interaktif berbentuk explorace dengan memasukkan elemen perihal kepenggunaan bagi meningkatkan
kesedaran dalam kalangan pelajar.

Sebanyak sembilan sekolah telah
melayakkan diri dalam program CIP KPS peringkat negeri Sabah bagi
tahun 2023 sebagai johan peringkat zon masing-masing iaitu SMK
Agama Tun Juhar Sandakan, SM Sains Lahad Datu, SM St. Martin
Tambunan, SMK Beaufort III, SMK Tun Fuad Stephens Tamparuli, SMK
Datuk Panglima Abdullah Semporna, SMK Abaka Tawau, SMK Kota
Marudu, dan SMK St Mary Papar.

Juara CIP KPS peringkat negeri Sabah kali ini telah dirangkul oleh
Sekolah SMK Kota Marudu dengan membawa pulang hadiah wang
tunai sebanyak RM1,000.00, beserta hamper, piala dan sijil dan seterusnya mewakili Negeri Sabah ke CIP KPS peringkat kebangsaan
yang akan diadakan di Miri Sarawak pada 20 hingga 22 Ogos 2023.

Manakala naib juara dan tempat ketiga jatuh kepada SMK Datuk Panglima Abdullah dan SMK Tun Fuad Stephens dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM700.00 dan RM500.00 beserta hamper, piala dan sijil.

Sementara itu, Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, beliau mengharapkan agar program seumpama ini menjadi platform terbaik bagi pembelajaran interaktif yang efektif dalam usaha mendaya upayakan generasi pengguna muda, khususnya di peringkat sekolah.

Katanya, melalui program sebegini juga dapat memupuk jalinan dan membina jaringan sosial antara satu sekolah dengan sekolah lain dan mewujudkan peluang kolaborasi bagi mengadakan pelbagai program pendidikan kepenggunaan di sekolah-sekolah.

“Sehubungan itu, KPDN selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna sentiasa menyokong penuh segala aktiviti kepenggunaan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi menyebarluas kesedaran dan kepentingan terhadap hak-hak pengguna kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Turut hadir semasa program adalah Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jane Langgot, Pegawai Penguasa TamannHidupan Liar Lok Kawi Maryati Abdullah Lakim serta pegawai – pegawai kanan KPDN Sabah.

Georgie berkata, Kementeriannya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPM khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang menyokong penuh penganjuran program CIP KPS ini bagi memupuk kesedaran dan pendedahan terhadap pendidikan kepenggunaan kepada generasi pengguna muda.

“Syabas juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat terutama guru-guru penasihat Kelab Pengguna Sekolah (KPS) yang begitu komited bersama-sama KPDN dalam menjayakan program mendidik dan melahirkan generasi masa depan negara sebagai pengguna yang berilmu, bijak dan bertanggungjawab.

“Tidak lupa juga KPDN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Taman Hidupan Liar Lok Kawi di atas sokongan dan kerjasama penuh dalam menjayakan program pada hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular