HomeIsu tempatanGagasan Rakyat menepati citarasa politik semasa anak tempatan Sabah - Nurul...

Gagasan Rakyat menepati citarasa politik semasa anak tempatan Sabah – Nurul Fadzillah

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) disifatkan sebagai menepati citarasa politik semasa anak tempatan Sabah.

Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Bahagian N9 Tempasuk, Nurul Fadzillah Noordin berkata perkara ini dapat dilihat parti Gagasan Rakyat memberi peluang kepada generasi muda menjadi pemimpin di cawangan, bahagian hingga ke peringkat pusat di negeri Sabah ini.

“Saya melihat Parti Gagasan Rakyat menepati citarasa politik semasa anak tempatan Sabah kerana ramai anak muda diberi peluang mengepalai pimpinan dari cawangan, bahagian hingga ke peringkat pusat.

“Justeru, kita memerlukan sokongan padu dari rakyat Sabah agar kestabilan politik dikekalkan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, demi memudahkan usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah asas di negeri ini dan membawa pembangunan dari segi infrastruktur, ekonomi dan sosial rakyat secara keseluruhannya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Nurul Fadzillah, sebagai Ketua Wanita beliau berazam untuk memperjuangkan nasib kaum wanita yang memerlukan di negeri ini.

“Sebagai Ketua Wanita juga melalui platform ini saya berazam untuk memperjuangkan nasib kaum wanita terutama yang memerlukan seperti ibu-ibu tunggal dan warga emas.

“Saya akan terus menyusuri dan mendedahkan golongan tersebut kepada peluang-peluang dari agensi-agensi kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka supaya tidak terpinggir dan dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, ada beberapa usaha yang telah dirancang seperti golongan wanita yang berminat dalam bidang pertanian di kawasannya, pihaknya telah berhubung dengan pegawai pertanian mengenai perkara tersebut.

“Antara rancangan dalam masa terdekat ini, saya telah berhubung dengan pegawai pertanian di daerah ini untuk tujuan membantu golongan wanita di kawasan saya yang berminat dalam bidang pertanian dan mahu meningkatkan hasil produk yang diusahakan.

“In shaa Allah, ia dalam proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara tersebut dan kami akan laksanakan program itu sebaik sahaja semua urusan lengkap diperolehi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya