HomeUtamaWujudkan Sekolah Khas Pelajar Miskin tidak relevan - Masiung

Wujudkan Sekolah Khas Pelajar Miskin tidak relevan – Masiung

Read Time:1 Minute, 33 Second

TONGOD: Cadangan kerajaan Madani mewujudkan Sekolah Khas Pelajar Miskin adalah tidak praktikal kerana ia dilihat wujud ‘sistem kasta’ yang membezakan latar belakang ibu bapa dan pelajar.

” Dalam keadaan ekonomi tidak menentu lebih baik kerajaan menaik taraf sekolah-sekolah daif berbanding menubuhkan sekolah khas yang memerlukan kos lebih tinggi, ” kata Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Menurutnya, walaupun tujuan itu baik, namun ianya tidak relevan dilaksanakan pada masa kini kerana terdapat ratusan sekolah dan asrama daif khususnya di Sabah dan Sarawak masih menanti untuk dibaikpulih.

Katanya, pendekatan itu harus dikaji semula kerana ia boleh memberi kesan psikologi yang kurang baik kepada pelajar dan ibu bapa terbabit.

Menurut Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu, apa yang penting kerajaan harus memperbanyakkan insentif dan bantuan kepada pelajar kategori miskin dan bantuan itu hendaklah sampai kepada golongan sasar tanpa wujud birokrasi.

” Saya tidak fikir adakah ramai ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke sekolah yang bergelar sekolah pelajar termiskin.

” Mereka harus didedahkan dengan pendekatan lebih baik untuk belajar di kalangan rakan sebaya mereka tanpa perlu melebelkan taraf peribadi pelajar terbabit, ” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Masiung berkata, memisahkan taraf dan melebel kalangan pelajar miskin dan golongan berada adalah tidak resional bagi sebuah kerajaan Madani sedangkan negara kini menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.

Beliau meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meletakkan pelajar dari keluarga berkemampuan sebagai pembimbing atau mentor kepada pelajar yang direkodkan di bawah garis kemiskinan.

Menurut Masiung, pelajar yang diletakkan di sekolah termiskin ini sudah pasti akan merasa rendah diri dan menerima tekanan emosi bila bergaul dengan rakan sebaya mereka yang belajar di sekolah lain.

“Ada banyak cara lain KPM boleh membantu pelajar miskin. Antaranya menyediakan bas sekolah khas dan menambah bangunan asrama selain memberi bantuan keperluan sekolah seperti bag dan uniform.

“Polisi dan dasar untuk membantu pelajar miskin perlu dirancang mengikut keperluan sesebuah negeri dan wilayah, “ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan 12 Rumah Ihsan Membakut dijangka siap Februari 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular